Abah aku seorang yang berjiwa seni dan berkreativiti.Buat masa ini beliau menjalankan produk kraftangan bersama adik perempuan aku.Antara barangan yang dihasilkannya ialah tudung saji buluh,Cenderahati barangan buluh,lampu tidur,sangkar layang,sarung parang buluh,kerusi rotan,beg tangan bersulam dan beberapa lagi produk.
Adik ipar aku plak menjalankan aktiviti menjahit baju,langsir,sarung kushen dan cadar pengantin.harga berpatutan kerana beliau buat kerja di rumah sendiri so kos sewa rumah tiada.Hanya bayar upah dan kos kain sahaja...murah dan berbaloi.
Adik kedua aku menjalankan perniagaan satay di Jelebu.Sedia menerima tempahan buat kuih,chendol dan satay untuk sebarang acara keramaian dgn bayaran yang munasabah.
Sepupu aku plak menjalankan rangkaian perniagaan satay di KL.Resepi adalah sama dgn adik aku yang buat kat Jelebu.Kalau tak percaya datanglah ke rangkaian Satay Station Kuala Lumpur yang terletak di sekitar Ampang dan Kg Pandan.
Aku ni plak kategori retro klasik dan bernostalgia.Aku agak kurang dalam aktiviti yang melibatkan duit.Pada aku cukuplah sekadar apa yang ada.Aku suka menyimpan barangan lama tapi tidaklah terlalu klasik.Apa saja yang aku simpan semuanya ada kisah tersendiri disebalik kenangan.Kreativiti aku hanya kpd tanaman Bonsai tempatan yang lain dari yang lain.Disitulah aku berilusi.
Begitulah mukadimah awal aku di Blog ini.Dilain masa sekiranya aku berkesempatan aku akan paparkan photo2 menarik berkaitan apa yang aku ceritakan diatas tadi........Akhir kata aku berterima kasih kpd sesiapa yang membaca Blog aku ini.