http://alongtt.blogspot.com

Sunday, October 25, 2009

"ANEKA SENI KRAF" Kg.Seperi Jelebu N9

HARGAILAH SENI DAN SAYANGILAH WARISAN

KATALOG KRAFTANGAN NEGERI SEMBILAN

NAMA DAN ALAMAT PENGUSAHA BENGKEL


ANTARA SENI KRAF YANG DIHASILKAN


MODEL KAPAL LAYAR DARIPADA BULUH


CENDERAMATA KECIL DARIPADA BULUH


MODEL KAPAL LAYAR YANG DITEMPAH KHAS


MODEL KAPAL LAYAR PERLUMBAAN


SANGKAR PEMIKAT BURUNG MERBOK


BUNGA HIASAN MEJA DARI TEMPURUNG


TEMPAHAN MODEL KAPAL LAYAR DARI TEMPURUNG


SARUNG PARANG 95% DIPERBUAT DARI BULUH


TUDUNG SAJI ROTAN TAHAN TEKANAN SEHINGGA 80KG


TUDUNG SAJI BERANYAM ROTAN


KOTAK BERANYAM BULUH PELBAGAI KEGUNAAN


BAKUL DAN DULANG ROTAN PELBAGAI GUNA


LAMPU TIDUR DIPERBUAT DARI ROTAN


BEG TANGAN BERSULAM DAN BERANYAM


BAKUL BUAH-BUAHAN ANYAMAN ROTAN


SANGKAR MERBAH JAMBUL DAN MERBOK


SANGKAR LAYANG UNTUK MERBUK


SANGKAR LAYANG TERKUKUR


MODEL KAPAL LAYAR DIUJI


ANTARA PENCAPAIAN YANG DIPEROLEHI





ANTARA KERATAN AKHBAR BERKENAAN KRAFTANGAN



BANGUNAN BENGKEL DAN KAWASAN PEMBUATAN
Begitulah ringkasnya paparan barangan seni yang dihasilkan dengan kreativiti abah aku.
Beliau mengusahakan bengkel ini bersama dgn adik perempuan aku.Kebanyakan hasil seni ini dipasarkan terus kepada pembeli yang datang ke bengkel dan dihantar ke serata tempat di Melaka,Sepang,Pertang dan kawasan yang berdekatan.Tidak kurang juga yang membuat tempahan untuk cenderamata dan pertandingan.Keunikan hasil seni abah aku ini tiada tandinganya dgn wang ringgit......Seni adalah kreativiti yang datang dari ilham semulajadi.

Tuesday, September 29, 2009

Blog nie sengaje aku create untuk sesuka dan terbuka untuk pelbagai kisah berkaitan aku dgn rangkaian keluarga aku...tidak terlalu peribadi dan tidak terlalu terbuka.Sekadar berkongsi pengetahuan dan pandangan di samping komen-komen yang membina.

Abah aku seorang yang berjiwa seni dan berkreativiti.Buat masa ini beliau menjalankan produk kraftangan bersama adik perempuan aku.Antara barangan yang dihasilkannya ialah tudung saji buluh,Cenderahati barangan buluh,lampu tidur,sangkar layang,sarung parang buluh,kerusi rotan,beg tangan bersulam dan beberapa lagi produk.

Adik ipar aku plak menjalankan aktiviti menjahit baju,langsir,sarung kushen dan cadar pengantin.harga berpatutan kerana beliau buat kerja di rumah sendiri so kos sewa rumah tiada.Hanya bayar upah dan kos kain sahaja...murah dan berbaloi.

Adik kedua aku menjalankan perniagaan satay di Jelebu.Sedia menerima tempahan buat kuih,chendol dan satay untuk sebarang acara keramaian dgn bayaran yang munasabah.

Sepupu aku plak menjalankan rangkaian perniagaan satay di KL.Resepi adalah sama dgn adik aku yang buat kat Jelebu.Kalau tak percaya datanglah ke rangkaian Satay Station Kuala Lumpur yang terletak di sekitar Ampang dan Kg Pandan.

Aku ni plak kategori retro klasik dan bernostalgia.Aku agak kurang dalam aktiviti yang melibatkan duit.Pada aku cukuplah sekadar apa yang ada.Aku suka menyimpan barangan lama tapi tidaklah terlalu klasik.Apa saja yang aku simpan semuanya ada kisah tersendiri disebalik kenangan.Kreativiti aku hanya kpd tanaman Bonsai tempatan yang lain dari yang lain.Disitulah aku berilusi.

Begitulah mukadimah awal aku di Blog ini.Dilain masa sekiranya aku berkesempatan aku akan paparkan photo2 menarik berkaitan apa yang aku ceritakan diatas tadi........Akhir kata aku berterima kasih kpd sesiapa yang membaca Blog aku ini.


TENTANG AKU...

My photo
...ringkasnya aku dilahirkan di sebuah kampung di Jelebu pada jam 4.55am.Aku membesar sebagai anak sulong bersama adik-adik seramai 11 orang.Aku bersekolah di Sek.Ren.Undang Jelebu (Darjah 1k-6m ) dan Sek.Men.Undang Jelebu dari Tingkatan 1 Kasturi hingga ke tingkatan 5 Tuah.Sebelum ini aku bekerja selama 10 tahun di Samsung Electron Devices F#2 sebagai Production Supervisor.Tempoh masa aku bekerja melebihi 12jam sehari dan tiada masa untuk keluarga dan bermasyarakat lebih-lebih lagi aku berulang-alik J'bu~S'nwang.Oleh kerana anak-anak sudah bersekolah maka aku meletak jawatan dan kini bertugas sebagai Penjawat Awam. Aku kini hidup bahagia bersama isteri aku yang sepenuh masa suri rumah tangga bersama kenakalan anak-anak seramai 5 orang.Aku ni seorang yang berjiwa santai,cool dan sedia dibawa berbincang...itulah kelebihan orang Aries...he..he..he.....

TEMUI AKU DI FACEBOOK

SESAMA KITA