http://alongtt.blogspot.com

Friday, October 22, 2010

Kraftangan Seperi Jelebu di Simpang Pertang


Aluan kedatangan kepada pengunjung untuk hadir ke Simpang Pertang

Keluarga aku di Gerai Kraftangan Simpang Pertang


Sangkar Merbah Jambul untuk pasaran Singapura menjadi model di bilik pameran kraf


Kelainan sangkar Balam...dinding yang boleh dibuka dan tutup


Sangkar Merbah Jambul pasaran tempatan.


Sangkar layang Balam yang siap ditutup kain berlabuci manik


Sangkar Layang Balam yang sering mendapat perhatian dan
sambutan mengalakan.Kelihatan juga tudong saji yang tahan
tekanan sehingga 60kg.

Pelbagai barangan anyaman rotan turut mencuri tumpuan pengunjung.


Bunga telor pengantin sedia menerima tempahan yang diperbuat
dari kulit kerang

Beg tangan wanita ..."Dendang perantau"


Tabung,bakul dan kotak kayu beranyam


Bakul dan dulang rotan


Suasana gerai jualan di Simpang Pertang

Aneka Kraftangan Kg.Seperi Jelebu membuat pelbagai barangan rotan dan kayu yang diolah kepada kesenian tersendiri dan kekukuhannya dijamin sepenuhnya.Sedia menerima tempahan dan jualan barangan kraf yang sedia ada.Jika berminat boleh terus datang ke Kg.Seperi Ulu, Jelebu,N9.Diusahakan oleh En.Mohamad Md.Derus seorang yang berjiwa seni dan usahawan Satay....Satay Station Kuala Lumpur yang dimajukan oleh anak saudara beliau....

TENTANG AKU...

My photo
...ringkasnya aku dilahirkan di sebuah kampung di Jelebu pada jam 4.55am.Aku membesar sebagai anak sulong bersama adik-adik seramai 11 orang.Aku bersekolah di Sek.Ren.Undang Jelebu (Darjah 1k-6m ) dan Sek.Men.Undang Jelebu dari Tingkatan 1 Kasturi hingga ke tingkatan 5 Tuah.Sebelum ini aku bekerja selama 10 tahun di Samsung Electron Devices F#2 sebagai Production Supervisor.Tempoh masa aku bekerja melebihi 12jam sehari dan tiada masa untuk keluarga dan bermasyarakat lebih-lebih lagi aku berulang-alik J'bu~S'nwang.Oleh kerana anak-anak sudah bersekolah maka aku meletak jawatan dan kini bertugas sebagai Penjawat Awam. Aku kini hidup bahagia bersama isteri aku yang sepenuh masa suri rumah tangga bersama kenakalan anak-anak seramai 5 orang.Aku ni seorang yang berjiwa santai,cool dan sedia dibawa berbincang...itulah kelebihan orang Aries...he..he..he.....

TEMUI AKU DI FACEBOOK

SESAMA KITA